suria

Pulih Selepas Dikurung 14 Tahun

Eduardus (kiri) bersama pihak pusat asuhan Renceng Mose baru-baru ini.

BORONG: Bila saya boleh pulang? Pertanyaan itu sering dilontarkan Eduardus Leghu, dari pintu pagar Pusat Asuhan Renceng Mose di wilayah Manggarai, setiap kali ahli keluarganya datang melawat.

Selepas mendiami premis itu selama 14 tahun, lelaki berusia 51 tahun yang turut mengalami masalah mental akhirnya pulang ke rumah selepas pulih.

Bapanya, Joseph Ndoi tidak dapat meluahkan rasa gembira kerana anak lelakinya itu dapat pulih selepas 14 tahun 'dikurung'.

"Saya gembira dan bersyukur kerana keajaiban berlaku dalam keluarga saya," katanya dalam keadaan sebak.

Menurut Ketua Seksyen Keselamatan Sosial di Perkhidmatan Sosial Timur Manggarai, Marna, kegembiraan ibu bapa Eduardus juga adalah kejayaan kerajaan.

"Tugas kami adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Manggarai Timur supaya mental mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat," katanya. - Kompas

Renceng Mose, Eduardus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terapi Kuda Rawatan Luar Biasa!

Artikel Lain