suria

Lapan Tahun Cabul Lebih 50 Budak

CALIFORNIA: Seorang remaja yang dituduh mencabul dua budak lelaki, akhirnya mengaku telah melakukan perbuatan itu terhadap lebih 50 kanak-kanak sejak lapan tahun lalu.

Joseph Hayden Boston, 18, ditahan Sabtu lalu apabila dibawa ibunya ke balai polis selepas remaja itu memaklumkan beliau mencabul dua kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan lapan tahun di sebuah motel di Riverside, di sini, beberapa jam sebelum itu.

Susulan itu, Jabatan Polis Riverside dalam kenyataannya berkata, suspek menetap di motel itu dan bersahabat dengan kedua-dua mangsa yang turut menetap di premis berkenaan bersama ibu bapa mereka.

Jurucakap polis, Ryan Railsback berkata, Boston menghubungi ibunya dan menceritakan mengenai kejadian itu sejurus selepas melakukan perbuatan terbabit.

"Suspek disoal siasat pegawai bertugas dan mengaku melakukan serangan seksual ke atas mangsa di dalam biliknya.

"Dia turut mengaku mencabul lebih 50 kanak-kanak lelaki lain sejak berusia 10 tahun di bandar berbeza yang didiaminya selama ini," katanya.

Kedua-dua mangsa kini berada dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Riverside.

Boston didakwa dengan dua pertuduhan melakukan seks oral ke atas kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun dan dihantar ke penjara daerah dengan jaminan sebanyak AS$ 1 juta (RM4.09 juta). - Reuters

Riverside, Boston

Artikel Sebelum

Lelaki Ini Buat Orang Terpukau!

Artikel Berikut

Artikel Lain