suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pattani Lumpuh Sebab Banjir

PATTANI: Banjir yang melanda wilayah Pattani telah melumpuhkan 80 peratus daripada pusat perdagangan utamanya dan mengakibatkan golongan peniaga menanggung kerugian yang besar akibat bencana itu.

Datuk Bandar Pattani Piktak Kokiart berkata air banjir setinggi 50cm mula memasuki pusat perdagangan  utama bandar itu sejak pagi Jumaat, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bencana banjir di Pattani itu telah mengakibatkan 500 kampung, 18,116 keluarga dengan 32,400 orang terjejas serta menyebabkan 58 buah sekolah ditutup.

Empat orang meninggal dunia di wilayah itu akibat banjir.

Bencana banjir di selatan Thailand sehingga Jumaat telah mengorbankan 12 nyawa.

Sementara itu, Gabenor Pattani Wiranan Penjang berkata enam daerah paling buruk dilanda banjir di wilayah itu adalah Nongchik, Mae-lan, Yarang, Khokpo, Yaring dan Muang. - Bernama

banjir, Pattani

Artikel Sebelum

Tahanan PBB Mahu Jadi Askar

Artikel Berikut

Artikel Lain