suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akihito Turun Takhta April 2019

TOKYO: Panel khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan tarikh Maharaja Akihito turun takhta adalah 30 April 2019.

Laporan badan penyiaran nasional NHK menyebut ia adalah kali pertama dalam sejarah diraja Jepun dalam tempoh dua abad.

Akihito yang pernah menjalani pembedahan jantung dan dirawat kerana menghidap kanser prostat dalam kenyataannya tahun lalu bimbang tidak dapat melaksanakan tugasnya.

Perundangan yang dikuatkuasa pada Jun lalu membenarkan Akihito untuk turun takhta.

Baginda akan diwarisi anakanda sulungnya, Putera Mahkota Naruhito.

Akihito, NHK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain