suria

Model Popular 'Cup E' Ditahan

-fotoFacebook

SEORANG model dan idola internet Thailand ditahan atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di Bangkok.

Polis menahan Nanthanit 'Jane' Samanprathan di sebuah pos pemeriksaan di Chaengwattana Road selepas penganalisis nafas mendapati tahap alkoholnya adalah 63 miligram dalam 100 mililiter darah.

Undang-undang Thailand mengehadkan kepekatan alkohol darah pada 50 miligram.

Polis mendakwa model berkenaan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dia dibebaskan dengan jaminan THB20,000 dengan tarikh pendakwaan ditetapkan pada Jumaat.

"Saya pergi ke majlis hari jadi rakan. Saya tidak fikir saya akan minum. Saya minta maaf jika saya salah. Ini kesalahan pertama saya," katanya kepada T News.

Nanthanit adalah personaliti media sosial yang terkenal di Thaialand dengan lebih daripada 75,000 pengikut Facebook.

Dia terkenal dengan gambar-gambar pakaian renang dan sering menghiasi majalah popular Cup E yang menyiarkan foto-foto model seksi di laman Facebook mereka.

model, Cup E

Artikel Berikut

Artikel Lain