suria

Hari Ke-3 Ngurah Rai Ditutup

AMED: Gunung Agung yang terus mengeluarkan debu sejak beberapa hari lalu telah memaksa pihak berkuasa Indonesia menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai untuk hari ketiga, Rabu.

Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata, lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia itu akan ditutup sehingga 7 pagi esok.

Pihak berkuasa secara berterusan membuat penilaian risiko debu yang berterbangan dibawa angin ke seluruh pulau itu.

Beberapa kepulan asap putih dan kelabu kelihatan di puncak gunung selepas hujan menjejaskan jarak penglihatan di pulau itu terutama di waktu malam.

Tindakan menutup lapangan terbang yang terletak kira-kira 60 kilometer dari gunung itu menyebabkan kira-kira 443 penerbangan dalam dan luar negara terjejas.

Gunung yang terletak di timur Bali itu dengan ketinggian 3,000 meter, kali terakhir meletus pada 1963. Ia mengorbankan lebih 1,000 orang dan memusnah banyak kawasan perkampungan. - Reuters


Ngurah Rai, Agung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain