suria

Keldai Kena Penjara?

LAPAN keldai ditahan di penjara selama empat hari selepas merosakkan tanaman yang bernilai tinggi.

Kejadian berlaku di luar bangunan penjara Urai di daerah Jalaun, utara Uttar Pradesh.

Haiwan itu dikatakan telah memakan tanaman yang harganya mencecah 500,0000 rupee (kira-kira £5,800).

Ketua pegawai penjara berkenaan, R.K.Mishra memberitahu media tempatan, tanaman yang dimusnahkan keldai itu sebenarnya diletakkan pegawai kanan penjara untuk ditanam di dalam bangunan itu.

Pemilik keldai itu telah melepaskan ternakannya walaupun telah diberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Susulan itu, pihak penjara telah 'menahan' semua empat keldai berkenaan tanpa memaklumkan pemiliknya yang dikenali sebagai Kamlesh.

Ia menyebabkan Kamlesh gelisah dan menghabiskan masa beberapa jam mencari haiwan berkenaan sebelum mendapat khabar mengenai nasib ternakannya itu.

Apabila Kamlesh menemui pegawai di penjara itu, mereka bagaimanapun masih enggan 'membebaskan' keldai berkenaan.

Hanya selepas campur tangan ahli politik tempatan, Shakti Gahoi, barulah keempat-empat keldai itu 'dibebaskan'.

Menurut Superitendan Sita Ram Sharma, tindakan 'menahan' keldai itu untuk empat hari adalah bagi memberi pengajaran kepada pemiliknya.

"Kami 'membebaskan' semua keldai itu selepas Kamlesh memberi kenyataan bertulis bahawa dia tidak akan membiarkan ternakannya berkeliaran di kawasan perumahan atau tempat awam," katanya.

Menurutnya lagi, keldai berkenaan pernah beberapa kali menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.- metro.uk




 
Urai, Mishra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Timang Bola Macam 'Otai'

Artikel Lain