suria

Pakar Nilai 'Bahasa Tubuh' Putera Harry-Markle

-fotoAP

PUTERA Harry dan Meghan Markle akhirnya mengumumkan pertunangan mereka, malam Isnin.

Selepas spekulasi berminggu-minggu, pasangan itu membuat penampilan pertama sebagai pasangan tunang dalam satu sesi penggambaran di Sunken Garden, Istana Kensington.

Pakar-pakar telah membuat analisis mengenai tingkah laku dan bahasa badan mereka berdasarkan wawancara mereka buat pertama kali itu.

-fotoAP

Judi James memberitahu Mail Online bahawa Harry kelihatan 'sangat janggal', sementara pakar bahasa tubuh Patti Wood memberitahu The Independent bahawa pergerakannya menunjukkan 'kasih sayang mendalam' dan keinginan untuk sentiasa dekat dengan bakal isterinya.

James mendakwa Markle muncul dalam keadaan 'yakin' dan 'tidak formal' berbanding bakal suaminya  yang 'sangat pemalu'.

Walaupun Wood menjelaskan bahawa Markle akan lebih selesa dan yakin di samping Harry, dia menilai pasangan itu kelihatan amat secocok.

"Nampak ketara sepanjang wawancara Markle sering mengangkat kepala dan memandang tepat ke arah Harry," katanya.

-fotoAP

Dia menambah bahasa tubuh mereka menunjukkan hubungan mereka sangat intim apabila kedua-duanya membincangkan kisah bagaimana Putera itu membuat lamaran.

"Perhatikan bagaimana matanya tidak putus-putus memandang ke arah Markle ketika dia ingin menyambung percakapan dan gerak-geri yang ditunjukkan pasangan itu ketika menjawab soalan bukan sekadar satu jawapan.

"Soalan seterusnya Markle pula mencelah, tetapi sekali lagi dia tetap meminta kepastian Harry.

"Saya suka bagaimana mereka masing-masing mempunyai 'daya' dan bagaimana mereka masing-masing mendapat kepastian antara satu sama lain dalam 'lenggok' yang sangat baik," katanya.

Satu lagi momen manis pasangan itu apabila mereka menggambarkan pertemuan pertama mereka.

"Ketika bercakap mengenai janji temu pertama, dia menceritakannya dengan bebas," kata Wood.

-fotoAP

"Lihat bagaimana mereka berdua saling berpandangan untuk seketika bagi mengimbas semula pertemuan itu bersama-sama. Mereka benar-benar menghidupkannya semula di depan kita, ia begitu indah."

Panggilan sesi fotografi dan wawancara itu juga merupakan kali pertama Markle dirakamkan memakai cincin pertunangannya.

Harry dilaporkan mencipta cincin itu sendiri.


Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keldai Kena Penjara?

Artikel Lain