suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mugabe Letak Jawatan

PRESIDEN Zimbabwe Robert Mugabe meletak jawatan, menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Parlimen, kata Speaker Jacob Mudenda.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Parlimen memulakan proses pemecatan bagi menamatkan pemerintahan hampir empat dekad pemimpin tertua dunia itu.

Mugabe, 93, bertahan selama seminggu selepas tentera merampas kuasa dan partinya sendiri, ZANU-PF bertindak menyingkirkannya.

Peletakan jawatan Mugabe dirai dalam sambutan gemuruh dalam sidang Parlimen.

Kemuncak kejatuhan Mugabe berpunca daripada permusuhan antara anggota elit parti pemerintah berhubung siapa yang akan menggantikannya, berbanding protes popular menentang pemerintahannya.

Tentera merampas kuasa selepas Mugabe memecat Naib Presidennya, Emmerson Mnangagwa, bagi memberi laluan kepada isterinya, Grace, 52, yang terkenal dalam kalangan pengkritik sebagai 'Gucci Grace' yang boros.

Mnangagwa, bekas ketua keselamatan yang dikenali sebagai 'The Crocodile' dijangka mengambil alih jawatan presiden.

Robert Mugabe

Artikel Sebelum

UFO Dirakam Menjunam Ke Bumi

Artikel Berikut

Artikel Lain