suria

Wanita Malaysia Cuba Rasuah Polis Singapura

SINGAPURA: Seorang wanita Malaysia dipenjara lima minggu kerana mencuri dan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis, dedah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Angkatan Polis Singapura (SPF) menerusi satu sidang media bersama pada Isnin.

Devika Maruvan, 31, didakwa di mahkamah pada 28 Ogos lalu kerana cuba menyogok Sarjan Lim Mei Jing degan sejumlah wang.

Dia turut didakwa atas 11 kesalahan berasingan kerana mencuri.

Siasatan menunjukkan jurujual itu yang bekerja di Rose Fashion, Tekka Centre menawarkan wang kepada Sarjan Lim bagi mengelak dari ditahan.

Sarjan itu bagaimanapun menolak sogokan itu dan menahannya. Cubaan rasuah itu turut dirujuk kepada pihak CPIB.

Ianya merupakan satu kesalahan untuk memberi rasuah atau cuba memberi rasuah kepada penjawat awam di Singapura, dan sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga $100,000 (RM306,538), penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Singapura menolak sebarang amalan yang menjurus kepada rasuah. CPIB juga mengambil serius amalan rasuah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat, ujar CPIB dan SPF. - The Straits Times/Asia News Network

rasuah, CPIB, SPF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain