suria

Wanita Potong Jari, Lelaki Simpan Mumia

(Image: Caters News Agency)

SEORANG  pengembara menghabiskan masa seminggu bersama puak Dani di Indonesia terkejut apabila mengetahui wanita dalam puak itu memotong jari mereka dan kaum lelaki menjaga mumia purba.

Markus Roht melawat komuniti itu di Lembah Baliem, Tanah Tinggi Barat Papau, Indonesia untuk mendokumentasikan kehidupan puak tersebut.

Selain menikmati makanan tradistional puak Dani, mempelajari kemahiran hidup dan ritual mereka, Markus turut menyaksikan 'festival babi' yang mana mereka membunuh haiwan itu dan menunjuk dengan penuh bangga.

Selain itu, wanita dalam puak itu juga akan memotong jari mereka sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal dunia.

Markus yang berasal dari Pulheim, Jerman berkata, antara yang paling menarik disaksikan olehnya ialah mumia Kurlulu yang berusia 370 tahun.

"Mumia itu adalah seorang pahlawan yang hebat, dia diawet dalam sebuah rumah di kampung itu untuk dipaparkan kehebatnnya kepada pengunjung.

"Saya difahamkan pahlawan itu dihiasi dengan rantai yang setiap satunya melambangkan musuh yang dibunuh.

"Puak Dani biasanya akan mengawet pahlawan mereka yang paling hebat," ujar Markus.

Tambahnya lagi, puak itu juga begitu akrab dengan alam sekitar sehingga menolak sebarang unsur kemodenan.

Komuniti itu menanam semua keperluan mereka dan saling bertukar barang sesama sendiri.Menurut Markus lagi, kaum lelaki dan perempaun dalam puak itu juga tinggal berasingan.

Puak Dani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain