suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

iPhone X Dijual Lebih Awal Di Korea Selatan

SEOUL: Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. berkata, firma itu akan memulakan penjualan telefon pintar iPhone X di Korea Selatan mulai 24 November depan, lebih awal daripada jangkaan, lantaran kelemahan prestasi jualan iPhone 8 di negara berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Namun, jualan sepenuhnya hanya bermula pada tahun depan disebabkan bekalan yang terhad.

Model iPhone X (64-GB) akan dijual dengan harga 1.42 juta won (US$1,274) manakala model 256GB berharga 1.63 juta won.

Menurut pemerhati industri, penjualan lebih awal model berkenaan berikutan jualan iPhone 8 yang kurang memberangsangkan sejak berada di pasaran pada bulan ini.

Apple telah menjual 140,000 unit telefon pintar iPhone 8 dalam tempoh dua hari selepas jualan dibuka secara rasmi pada Jumaat, dengan pesanan awal berjumlah 60 hingga 70 peratus.

Segelintir peminat Apple di Korea Selatan menunggu iPhone X, yang dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti pengecaman wajah dan paparan pemancar cahaya organik (OLED).

Jualan iPhone X di peringkat global bermula minggu lepas.

"Nampaknya Apple memperkenalkan iPhone X lebih awal untuk memanfaatkan kekurangan bekalan sebagai strategi pemasaran," kata seorang pegawai syarikat menjual telefon mudah alih tempatan. 

iPhone X

Artikel Sebelum

Unik Dan Menyeramkan...

Artikel Berikut

Artikel Lain