suria

Lelaki Britain Habiskan Setahun Di Bilik Mandi

Lelaki warga Britain menghabiskan hampir setahun di dalam bilik mandi, sepanjang hayat mereka. Gambar fail/Mail Online

LELAKI moden warga Britain akan menghabiskan masa hampir setahun di dalam bilik mandi sepanjang hayat mereka.

Seorang daripada 10 lelaki Britain mengakui mereka menghabiskan masa bergaya di hadapan cermin.

Satu kajian baharu mendedahkan bahawa seorang lelaki yang tipikal akan menghabiskan masa dua jam seminggu untuk rutin menjaga penampilan dirinya.

Kira-kira 97 hari dalam hayat seorang lelaki akan dihabiskan dengan mandi dan 52 hari untuk bercukur.

Dalam pada itu, 112 hari lelaki sepanjang hayat mereka dihabiskan untuk duduk membuang air, dengan suku daripada mereka mengaku melakukannya sambil memeriksa laman sosial.

Kajian itu melibatkan 1,000 lelaki untuk satu jenama produk mewarnakan rambut untuk lelaki. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain