suria

Pelancong Asing Dipuji Bersihkan Pantai Thai

BANGKOK: Pelancong asing yang dipercayai dari negara Barat mendapat pujian pengguna Facebook Thai selepas gambar mereka membersihkan pantai Koh Pha Ngan dimuat naik baru-baru ini.

Penduduk Pha Ngan yang dikenali sebagai "Noom Coral" menerusi posting pada laman sosial itu telah berkongsi gambar berkenaan pada Rabu.

Imej pertama menunjukkan seorang pelancong asing lelaki dan wanita mengutip sampah di pantai antara Teluk Mae Had dan kepulauan kecil Ma.

Seterusnya gambar seorang wanita asing mengutip sampah di Had Thong Nai Pan turut dimuat naik pemilik akaun Facebook itu.

Walaupun mendapat pujian dan penghargaan dalam kalangan penduduk Thailand, namun tindakan pelancong asing itu telah mendedahkan kelemahan pihak berkuasa tempatan yang gagal membersihkan pantai berkenaan.

Ketua kampung di kawasan berkenaan menghimpunkan sukarelawan untuk membersihkan pantai yang menjadi tumpuan pelancong setiap Jumaat. - The Nation/Asia News Network

Thai, Noom Coral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Degil Tahap Apa Ni...

Artikel Lain