suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Tembakan Di Gedung Walmart

THORNTON (Colorado): Sekurang-kurangnya dua orang maut dan seorang cedera dalam kejadian tembakan di gedung Walmart di pinggir bandar Denver pada Rabu, kata polis.

Dalam satu kenyataan di Twitter kira-kira 90 minit selepas kejadian, polis berkata, pasukan penyiasat mengesahkan bahawa dua lelaki terbunuh dan seorang wanita dibawa ke hospital.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan setakat ini.

Berdasarkan laporan awal pihak berkuasa, keadaan di lokasi kejadian huru-hara.

Sejam selepas itu, polis kemudian membuat kenyataan bahawa tiada lagi tembakan berlaku dan lokasi kejadian dikawal pasukan polis dan bomba.

Berita tempatan di stesen televisten NBC, 9NEWS melaporkan bahawa seorang wanita yang mempunyai anak di Walmart ketika kejadian berlaku bahawa anaknya mendengar kira-kira 30 das temakan. - Reuters

Walmart

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jual Barang Atau Tayang Badan?

Artikel Lain