suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 200 Maut Terowong Tapak Nuklear Pyongyang Runtuh

TOKYO: Terowong di tapak nuklear Korea Utara runtuh selepas Pyongyang melaksanakan ujian ke enam pada September, dipercayai mengorbankan lebih 200 nyawa.

Agensi penyiaran Jepun, TV Asahi melaporkan perkara itu hasil maklumat sumber yang maklum berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun pihak Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Kira-kira 100 pekerja di kawasan nuklear Punggye-ri terkesan akibat runtuhan yang berlaku sekitar 10 September lalu.

Insiden runtuhan susulan pula berlaku ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan  dan kemungkinan angka kematian meningkat melebihi 200 orang, kata badan penyiaran itu.

Pakar berkata, beberapa kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan ujian nuklear boleh menjejaskan negara itu dan ia mungkin tidak dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama.


Pyongyang, nuklear, TV Asahi

Artikel Sebelum

Abe Dilantik Semula PM Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain