suria

Pelajar Dilatih Tulis Guna Dua Tangan

SEBUAH sekolah di kawasan pedalaman India mendapat perhatian selepas kesemua 300 pelajarnya mempunyai bakat ambidekstrus iaitu kebolehan menggunakan kedua-dua tangan sama baik.

Data menunjukkan hanya satu peratus daripada populasi dunia dalam kalangan ambidekstrus.

Bagaimanapun pengasas sekolah Veena Vandini di Madhya Pradesh mahu mengubah fakta itu dengan memulakan di kawasan setempat.

Pengasasnya, VP Sharma yang juga bekas tentera berkata, dia mendapat inspirasi untuk menumpukan latihan ambidekstrus daripada Presiden India yang pertama, Dr Rajendra Prasad yang turut mempunyai kebolehan itu.

"Saya membaca sebuah majalah bahawa Dr Rajendra Prasad menggunakan kedua-dua tangannya untuk menulis. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk mencuba.

"Saya melaksanakan latihan itu di sekolah saya di kampung halaman saya, cuba untuk melatih para pelajar.

"Kita mula melatih pelajar dari Tahun Satu dan apabila mereka memasuki Tahun Tiga, mereka sudah selesa menulis menggunakan kedua-dua tangan," tambah Sharma. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadi Buruan Agensi Model

Artikel Lain