suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cedera Disimbah Ramen Mendidih

SEOUL: Seorang wanita berusia dalam lingkungan 20an yang dikenali sebagai Kim telah menyimbah hidangan ramen yang sedang mendidih dalam periuk terhadap rakan serumah dan mengugutnya dengan senjata.

Dalam kejadian pada 24 Oktober itu, mangsa yang dikenali sebagai Koo itu berdepan situasi cemas kerana terpaksa menahan kesakitan dan diancam dengan senjata selama sejam.

Koo mengalami melecur pada muka dan tangan.

Menurut saksi, Koo berjaya mendapatkan bantuan jiran di tingkat bawah rumah pangsa yang didiaminya bersama suspek.

"Jirannya serta-merta menghubungi ambulans dan Koo dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan akibat melecur.

"Berdasarkan tahap luka itu, Koo perlu menjalani rawatan selama setahun," katanya.

Hasil soal siasat polis mendapati, kejadian berlaku kerana Kim tidak berpuashati dengan komen Koo mengenai dirinya di laman sosial.

Polis bagaimanapun memutuskan untuk menutup kes berkenaan kerana mendapati kedua-dua Kim dan Koo terlibat.

Malahan, mereka tidak menahan Kim, tetapi menggesa kedua-dua sahabat itu menyelesaikan isu yang tercetus di antara mereka.- The Korea Herald/Asia News Network





ramen, Kim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain