suria

Quebec Larang Pakai Niqab

QUEBEC CITY: Wilayah Quebec di Kanada mengharamkan penjawat awam dan mana-mana pihak yang berurusan dengan kerajaan menutup wajah mereka.

Bakal dikuatkuasakan pada 1 Julai 2018, bagaimanapun perundangan itu tidak menetapkan bahagian muka yang dilarang ditutup, namun ia memberi fokus kepada pemakaian niqab dalam kalangan wanita Islam yang menutup wajah mereka kecuali mata.

Umumnya, peraturan itu dikenakan kepada birokrat, pegawai polis, guru dan pemandu bas, selain doktor, bidan dan doktor gigi yang bekerja di hospital atau klinik kerajaan.

Bagaimanapun, pengecualian diberi berdasarkan kes.

"Saya perlu melihat wajah anda, dan anda perlu melihat wajah saya," kata Ketua Menteri Quebec, Philippe Couillard, mengenai Rang Undang-Undang 62.

Couillard menamakan komunikasi, pengenalan dan keselamatan yang dipertingkatkan sebagai alasan pengharaman itu.

Kerajaan menegaskan undang-undang dikenakan kepada semua bentuk penutupan muka dan tidak menyasarkan wanita Islam.

Bagaimanapun, pengkritik berkata, ia akan membataskan secara berkesan akses mendapatkan kerja dan perkhidmatan di sektor awam.

Majlis Kebangsaan Islam Kanada dalam satu kenyataan berkata, undang-undang itu adalah politik kotor menjelang pilihan raya di Quebec tahun depan.


Quebec, niqab

Artikel Sebelum

Seram! Hantu Pun Nak Kahwin

Artikel Berikut

Artikel Lain