suria

Jururawat 'Terhangat', Paling Seksi Dunia Ditemui

-foto@laurendrainfit

TEMUI jururawat terhangat di dunia, yang juga merupakan seorang Instafamous dengan 3.6 juta pengikut!

Lauren Drain, 31, memulakan kerjayanya dalam bidang kesihatan sejak berusia 16 tahun dan menjadi jururawat berdaftar selama lebih lapan tahun.

Dia telah memikul pelbagai peranan semasa kerjayanya termasuk bertugas di unit rawatan rapi dan bertindak sebagai jururawat di bilik bedah.

Drain, dari Florida mempunyai semangat luar biasa dalam penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup. Dia percaya gaya hidup aktif adalah kunci kepada kesihatan berpanjangan.

-foto@laurendrainfit

Dia berkata: "Selepas lapan tahun dalam bidang kesihatan secara profesional, saya tidak pernah melihat seorang pun atlet terjebak dalam krisis kesihatan yang dahsyat.

"Ada alasan untuk itu, mereka sentiasa kekalkan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup aktif yang dapat mengurangkan risiko penyakit dan menggalakkan kesihatan secara keseluruhan."

Selepas bertahun-tahun membantu pesakit di hospital, Drain menyedari bahawa dia berdepan kesan buruk apabila terlalu mementingkan tugas.

Dia berasa dirinya terlalu gigih bekerja, berdepan tekanan, berlebihan berat badan, cepat penat dan tidak selesa dengan dirinya sehingga dia memutuskan untuk mengawal hidupnya dan memberikan keutamaan yang sewajarnya dalam kehidupan.

Dia berkata: "Saya mahu menjadi wanita yang sihat, cergas, kuat, yakin, aktif mencegah penyakit dan bukannya merawat segala-galanya dengan pil dan ubat.

"Saya mahu mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik dan saya mahu membantu orang lain sebelum mereka juga hilang kawalan kesihatan."

-foto@laurendrainfit
 

Walaupun kini mempunyai tubuh idaman ramai wanita tak ubah seperti seorang seorang 'super model', Drain berkata ia berlaku tanpa dirancang.

Dia berkata: "Saya menjalani musim sejuk dan musim percutian dengan cara terbaik. Saya tidak gembira dengan apa yang saya lihat di cermin, jadi saya putuskan untuk membuat perubahan positif."

Dia memulakannya dengan cabaran paleo, satu bentuk diet zaman nenek moyang yang bebas bahan pengawet dan menghasilkan satu keputusan yang mendorongnya untuk membuat penyelidikan bagi menyertai pertandingan.

-foto@laurendrainfit

Selepas belajar di Youtube, dia memulakan langkah dan mendaftar untuk pertunjukan bikini pertamanya yang mana dia menduduki tempat kesembilan daripada 30 pesaing.

Ini telah menimbulkan minatnya dan menimbulkan keterujaan untuk lebih serius.

Dia mengupah seorang jurulatih, menyertai lebih banyak pertunjukan dan akhirnya mendapat tempat teratas dalam pertunjukan amatur, memberi peluang untuknya bersaing mendapatkan wang dalam bidang bina badan, kecergasan dan rancangan estetik secara profesional.

-foto@laurendrainfit

Sejak itu, dia telah membuka akaun Instagram peribadinya dan kini mempunyai lebih daripada 3.6 juta pengikut yang mana dia berkongsi gambar-gambar inspirasi tentang rutin senamannya, serta gambar seksi dirinya dengan aksi luar biasa.

Dia juga kini seorang pengembara dan gambarnya berlatar belakangkan lokasi popular di seluruh dunia sering menghiasi laman sosialnya.

Drain kini mempunyai laman web kecergasannya sendiri di mana dia membantu orang lain mencapai potensi sebenar dengan rutin diet dan latihan sendiri. -TheSun

jururawat seksi, Lauren Drain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain