suria

Walau 55 Tahun, Monica Bellucci Pilihan Gadis Bond

Monica Bellucci dan Daniel Craig membintangi filem James Bond, Spectre pada 2015.

BINTANG James Bond, Daniel Craig mahu Monica Bellucci kembali beraksi dalam filem 007 akan datang.

Pasangan ini buat pertama kali muncul bersama dalam filem Spectre pada 2015.

Menerusi filem aksi itu terbaharu bertajuk Bond 25 itu yang ditetapkan untuk diterbitkan pada November 2019, sumber memberitahu Craig telah pun mempunyai pilihan untuk pelakon wanita utama.

Orang dalaman memberitahu: "Beliau mahu Monica Bellucci kembali, itu yang pasti."

Monica menjadi tajuk utama berita apabila menjadi gadis Bond paling tua muncul dalam filem itu semasa usianya 51 tahun.

Dalam filem Spectre, Monica melakonkan watak sebagai Lucia Sciarra, seorang janda pembunuh yang terkenal.

Monica bakal berusia 55 tahun apabila filem James Bond seterusnya diterbitkan.

Filem terbaharu itu nanti menjanjikan sesuatu lain daripada yang lain.

Menurut sumber, Craig, 49, akan menggunakan peluru berpandu supersonik dalam filem tersebut. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Ditahan Curi Baju Dalam

Artikel Lain