suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Curi Baju Dalam

Suspek dirakam sedang mencuri baju dalam. Foto: STOMP

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana didakwa mencuri pakaian dalam wanita.

Polis menerima kes tersebut yang berlaku di Block 135, Bedok Reservoir Road pada Isnin.

Selepas menjalani siasatan berdasarkan rakaman video, pihak beberapa pegawai polis dari Bahagian Bedok mengenal pasti suspek dan menangkapnya pada Khamis.

Suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama di Bedok Reservoir.

Awal minggu ini, foto seorang lelali mencuri baju dalam dari ampaian menjadi tular.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Chen memberitahu , baju dalamnya mula hilang dalam tempoh dua bulan ini.

Dia memasang kamera litar tertutup di luar rumahnya, dan dapat menangkap imej seorang lelaki yang sedang mencuri baju dalamnya.

Siasatan terhadap lelaki itu sedang dijalankan.

Individu yang didapati bersalah kerana mencuri boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun atau denda. - The Straits Times/Asia News Network

Curi baju dalam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hadiah 'Skydiving' Bawa Maut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia