suria

Ibu Ditikam, Bayi Ditinggalkan 'Mandi Darah'

Harries didakwa membunuh Katrina pada April lalu.

SEORANG lelaki yang membunuh kekasihnya di hadapan bayi perempuan mangsa berusia 22 bulan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Dylan Harries didapati bersalah menikam Katrina Evemy sehingga menyebabkan kematiannya.

Mahkamah Agung Swansea mendapati pemuda berusia 22 tahun itu melakukan pembunuhan kejam itu selepas mengetahui Katrina, 19, menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Harries berkata dia turut mencuri telefon bimbit Katrina sebelum berjalan sejauh dua batu menuju ke rumah teman wanitanya itu dengan membawa bersama sebilah pisau.

Katrina menggunakan alat bantuan pernafasan selama enam hari selepas serangan yang dipercayai berlaku dekat Llanelli, selatan Wales pada 13 April lalu sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Pendakwa raya Patrick Harrington QC berkata: "Dia bukan sahaja menyebabkan kecederaan parah dengan pisau , dia juga menggigit Evemy di lengannya."

Dia menjelaskan Katy Davies adalah orang pertama berada di tempat kejadian dan menggambarkan apa yang dilihatnya sebagai kejadian 'mandi darah'.

Harrington berkata: "Dia masuk ke dalam rumah dan melihat darah di merata tempat. Dia mendapati muka dan rambut Evemy berlumuran darah."

Mahkamah telah mendengar bahawa Katrina mencium Robert Morton dan pasangan itu bertukar nombor telefon.

Laporan DNA membuktikan Harries bertanggungjawab ke atas gigitan itu dan terdapat tanda-tanda khas yang menyokong perbuatannya tetapi dia menafikan pembunuhan, mendakwa Evemy ditemui dalam cedera parah.

Harries, disabitkan kesalahan dan akan dihukum pada Isnin. -metroUK

hukuman penjara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain