suria

Pelarian Rohingya Kini Mencecah Lebih 500,000

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU: Jumlah pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh kini mencecah 536,000 orang dengan 14,000 daripadanya menyeberangi sempadan dalam tempoh dua hari lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Jurucakap PBB Farhan Haq berkata, Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Politik Jeffrey Feltman akan berada di Myanmar dari Jumaat hingga Selasa untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Myanmar.

Haq berkata, lawatan itu susulan gesaan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres "untuk menamatkan operasi ketenteraan dan keganasan di Rakhine, akses lebih mudah untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan dan pelarian dapat kembali semula ke negara asal mereka dengan selamat dan bermaruah."

"Perbincangan juga akan menumpukan kepada membina kerjasama konstruktif antara Myanmar dan PBB untuk menangani isu-isu asas yang menjejaskan komuniti di kawasan berkenaan," kata jurucakap itu.

Haq berkata, UNICEF dan kerajaan Bangladesh bersetuju untuk membina 10,000 tandas di kem serta penempatan pelarian di Cox's Bazar.

Matlamatnya untuk mengelakkan penularan wabak penyakit dan setiap satu tanda membabitkan kos kurang US$150, mampu memberikan kemudahan sanitasi kepada kira-kira 150,000 orang pelarian.

"Menurut UNICEF sudah terdapat laporan penyakit bawaan air di kem berkenaan, sebab itu sistem kawalan kebersihan awam perlu dipertingkatkan," kata Haq. - BERNAMA

pelarian Rohingya, Bangladesh

Artikel Sebelum

Pembantu Ketua Kampung Dibunuh

Artikel Berikut

Punyalah Cantik Sup Ni!

Artikel Lain