suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan Minum Susu, Budak Didenda Sebelum Hilang

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang setelah ditinggalkan di luar rumah oleh bapanya gara-gara tidak mahu minum susu.

Sherin Matthews yang mengalami masalah perkembangan dan komunikasi dikatakan hilang sejak Sabtu lalu.

Dia hilang selepas didenda berdiri di bawah sebatang pokok yang terletak 100 kaki dari laman belakang rumahnya kira-kira pukul 3 pagi.

Susulan itu, bapanya Wesley, telah ditahan polis di Texas dan didakwa kerana mengabai dan membahayakan kanak-kanak tersebut.

Polis Richardson berkata, Matthews didakwa atas kesalahan itu kerana tindakannya menjadi punca kehilangan Sherin.

Matthews bagaimanapun telah dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak $250,000 (RM105,4375).

Polis menggunakan bantuan anjing pengesan dan helikopter dalam misi pencarian itu.

Malah mereka turut menggunakan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menggeledah dan menyiasat kediaman mereka.

Sherin diambil sebagai anak angkat oleh Matthews dari sebuah rumah anak yatim di India dua tahun lalu.

budak hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bolehla, Dari Tak Ada Kan…

Artikel Lain