suria

Tiga Maut Kren Tumbang Di Korea Selatan

SEOUL: Tiga pekerja binaan terbunuh dan dua lagi cedera apabila sebuah kren di tapak pembinaan pangsapuri di Korea Selatan tumbang, memetik media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut pihak polis dan bomba, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.36 malam waktu tempatan pada Selasa di tapak pembinaan di bandar Uijeongbu, wilayah Gyeonggi.

Ketika kejadian, empat pekerja sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan kren setinggi 20 tingkat sebelum sebahagian daripada kren berkenaan tumbang menyebabkan tiga pekerja tercampak.

Seorang lagi pekerja bernasib baik kerana sempat berpaut pada penyangkuk besi sebelum diselamatkan kira-kira sejam kemudian.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital berdekatan manakala pemandu kren hanya mengalami luka ringan.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.

kren tumbang

Artikel Lain