Terkandas Akibat Bedah Plastik - Dunia | mStar

Terkandas Akibat Bedah Plastik

TIGA wanita warga China terkandas di lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar di pasport mereka tidak sepadan dengan wajah akibat pembedahan plastik.

Klinik-klinik pembedahan plastik di Korea Selatan begitu terkenal sebagai antara yang terbaik di dunia, maka tidak hairanlah wanita-wanita Asia terutama dari China dan Jepun sering ke negara itu untuk mengubah wajah mereka.

Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil yang membuat sedikit perubahan seperti pada bahagian hidung atau melakukan suntikan Botox.

Sebaliknya, ramai yang mengubah wajah mereka secara keseluruhan sehingga menyukarkan pihak berkuasa di lapangan terbang untuk memadan wajah mereka dengan gambar pasport.

Gambar yang menunjukkan tiga wanita sedang menunggu sambil memegang pasport di lapangan terbang tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

"Dengan wajah yang bengkak tu, ibu sendiri pun tak akan kenal anda," kata seorang netizen.

"Maafkan saya, saya tidak berniat untuk ketawa tetapi wajah mereka betul-betul bengkak," kata seorang lagi netizen. - odditycentral

Artikel Sebelum

Awesome Habis Mamat Ni!

Artikel Berikut

Atuk Instagram!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain