Motif Serangan Paddock Masih Misteri - Dunia | mStar

Motif Serangan Paddock Masih Misteri

LAS VEGAS: Polis dan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) merayu kepada publik untuk tampil memberi sebarang maklumat yang dapat membantu menyelesaikan misteri pembunuhan beramai-ramai di sini, lima hari lalu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih buntu apabila belum menemui motif jelas yang membawa kepada serangan bekas tentera berusia 64 tahun itu.

Ketua Polis Daerah, Kevin McMahill, berkata pasukan penyiasat gagal menemui jawapan walaupun menyiasat lebih 1,000 petunjuk untuk mengetahui punca sebenar serangan oleh pesara berusia 64 tahun itu.

Stephen Paddock melepaskan tembakan rambang dari aras 32 menerusi tingkap bilik hotel dihuninya ke arah 20,000 pengunjung sebuah festival muzik malam Ahad lalu dan membunuh diri sebelum polis sempat menyerbu bilik terbabit.

Selain 58 orang yang terbunuh, serangan turut mencederakan lebih 500 pengunjung, sebahagian besarnya kerana dipijak ketika bertempiaran lari.

Berbeza dengan penyerang lain, Paddock tidak meninggalkan nota bunuh diri atau mesej di media sosial yang menjurus kepada kejadian berkenaan.

"Kami meneliti segenap aspek untuk melihat jika kehidupan peribadi suspek boleh dikaitkan sebagai motif, sebarang pembabitan politik, tingkah laku sosial, kedudukan ekonomi atau sebarang kecenderungan untuk suspek bertindak radikal.

"Kami melihat semua perkara dari awal hingga akhir, dari saat dia dilahirkan sehingga meninggal dunia," kata McMahill.

Beliau mengakui ada menerima dakwaan militan Daesh bertanggungjawab atas serangan terbabit namun siasatan mendapati Paddock tidak mempunyai pertalian dengan militan berpangkalan di Asia Barat itu. - Reuters

Paddock , Las Vegas

Artikel Sebelum

Nahas Bas Rosak Di Landasan Kereta Api

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain