suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saudi Musnah Sarang Militan

RIYADH: Arab Saudi mendedahkan pihaknya telah memusnahkan sarang kegiatan kumpulan militan Negara Islam di bandar ini selepas mendapat maklumat berkaitan serangan ke atas kementerian pertahanan negara itu.

Dalam serbuan pada Rabu itu, dua militan terbunuh, manakala lima lagi ditahan di tiga lokasi berbeza, demikian menurut sumber kerajaan Saudi.

Bagaimanapun, kenyataan pada Khamis memaklumkan, penyerang meletupkan dirinya di timur bandar ini, al-Rimal selepas kediaman itu diserbu pihak keselamatan.

Premis itu diserbu selepas dikesan menjadi lokasi pengeluaran rompi dan bahan letupan.

Seorang lagi militan terbunuh dalam serbuan di sebuah pangsapuri di daerah barat, al-Namar yang penuh dengan bekalan senjata api.

Kenyataan itu juga menyebut, serbuan ketiga pula berlaku di kandang kuda di selatan bandar ini, al-Ghanamia yang juga ibu pejabat operasi militan berkenaan.

Operasi yang dilancarkan turut merampas senjata api dan bahan untuk menghasilkan bom.

Bagaimanapun, setakat ini identiti suspek belum dikenal pasti.

Rancangan untuk menyerang kementerian pertahanan negara itu terbongkar bulan lalu dan disyaki melibatkan dua rakyat Yaman dan dua lagi rakyat tempatan.- Reuters

al-Rimal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tak Padan Dengan Kecik Kamu Kan!

Artikel Lain