suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Maut Tembakan Di Las Vegas

Pasukan polis dan perubatan berada di tempat kejadian di Las Vegas. Foto Reuters

SEKURANG-kurangnya 50 orang maut dan lebih 200 cedera dalam insiden tembakan seorang lelaki bersenjata di festival muzik country Las Vegas di Amerika Syarikat (AS), Ahad malam.

Polis berkata, penembak dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, berusia 64 tahun yang digambarkan sebagai warga tempatan melepaskan tembakan di Festival Route 91 Harvest di Las Vegas Village dari sebuah bilik di Hotel Mandalay Bay.

Hotel tersebut terletak seberang jalan dari lokasi festival.

Menurut polis, Paddoct ditembak mati selepas pasukan keselamatan menyebu sebuah bilik di hotel berkenaan.

Sheriff Joseph Lombardo dari Jabatan Polis Las Vegas Metropolitan Police Department berkata, siasatan sedang berjalan dan polis masih belum lagi mengenal pasti motif kejadian.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump berdukacita pada pagi Isnin berhubung insiden tembakan itu.

"Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di Las Vegas. Semoga Tuhan memberkati anda!" - Mail Online

Artikel Sebelum

Berita Baik Buat Kaum Adam!

Artikel Berikut

Artikel Lain