suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hai Awak, Nak Donat Tak?”

SUSULAN filem pecah panggung, It, sebuah kedai donat memperkenalkan pilihan penghantaran baharu bertemakan Halloween.

Hanya bayaran tambahan sebanyak AS$5 (RM21), pelanggan Hurts Donut boleh mendapatkan donat yang dihantar oleh seseorang berpakaian badut yang menyeramkan.

Penampilan badut yang tidak dijangka itu secara tidak langsung akan menakutkan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bukan sekadar gurauan, tetapi badut ini kemudiannya akan menyerahkan tempahan donat dengan aneka perisan yang menyelerakan.

Dalam satu temuramah bersama Guidelive, pemilik bersama Hurts, Kas Clegg berkata: "Kita sentiasa mengikut perkembangan, dan badut-badut ini menjadi trend sekarang.

"Sekarang musim luruh dan menghampiri Halloween, jadi kita mahu memastikan khidmat penghantaran yang menyeronokkan. Kita menyukai badut-badut yang menakutkan," katanya dengan mendakwa bahawa ideanya bukan berinspirasikan filem It, tetapi mengakui ia mampu membantu meraih sambutan. - odditycentral

Artikel Sebelum

Dah Macam Gelanggang Tinju...

Artikel Berikut

Keldai Sangka McLaren Lobak Gergasi

Artikel Lain