suria

8 Cedera Serangan Asid Di London

Anggota polis mengawal kawasan sekitar pusat membeli-belah Stratford berikutan insiden serangan asid yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera. Foto Mail Online

SEKURANG-kurangnya lapan orang cedera dalam serangan asid di timur London, awal pagi Ahad.

Kejadian berlaku membabitkan sekumpulan lelaki bertindak menyembur bahan berbahaya kepada orang ramai dekat pusat membeli-belah Stratford.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam waktu tempatan (3 pagi Ahad waktu Malaysia), ia turut berlaku dekat pintu sebuah stesen kereta api bawah tanah.

Suasana panik apabila ramai orang awam bergegas untuk mencuci muka dan anggota badan mereka menggunakan air.

Seorang lelaki yang disembur bahan itu di bahagian muka menjerit: "Saya tak nampak, saya tak nampak."

Polis menolak insiden disebabkan keganasan dan seorang lelaki ditahan disyaki terlibat dalam serangan itu. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain