suria

Empat Maut Serangan Bom Di Pattani

PATTANI: Empat anggota tentera Thailand maut apabila sebutir bom buatan sendiri dianggarkan seberat antara 80 hingga 100kg meletup ketika kenderaan mereka melalui Jalan Tebing-Saiburi di wilayah bergolak Pattani, selatan Thai pagi Jumaat.

Lima anggota tentera dan seorang orang awam turut tercedera dalam kejadian yang berlaku pada 6.10 pagi (waktu tempatan).

"Kejadian berlaku ketika sembilan anggota tentera itu sedang melakukan rondaan di jalan terbabit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda," kata jurucakap tentera Bahagian Ke-4 Kol Pramote prom-in dalam sidang media di Kem Sirinthorn.

Kekuatan letupan bom itu telah menyebabkan kenderaan pacuan empat roda dinaiki anggota tentera itu terputus dua, katanya dan menambah, bom berkenaan diletakkan di tepi jalan dan diaktif menggunakan bateri.

Menurut Pramote, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Saiburi sebelum dipindahkan ke Hospital Pattani bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau juga berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan ini. - BERNAMA

serangan bom, Pattani

Artikel Sebelum

Nyawa Melayang Akibat…

Artikel Berikut

Padah Buat Seks Di Kaunter Pizza!

Artikel Lain