suria

Padah Buat Seks Di Kaunter Pizza!

PASANGAN yang melakukan hubungan seks di sebuah restoran pizza berdepan hukuman penjara selepas video mereka dengan aksi menjijikkan ditunjukkan di mahkamah.

Rakaman CCTV menunjukkan Daniella Hirst dan Craig Smith sedang melakukan hubungan seks di kaunter pizza Domino's sementara menunggu pesanan mereka siap ditunjukkan di Mahkamah Majistret Scarborough, Jumaat.

Hirst, 29, duduk di belakang mahkamah dengan perasaan malu ketika melihat tayangan klip 18 minit itu.

Pendakwa berkata: "Kami melihat kesalahan ini begitu serius."

Video itu menunjukkan pasangan berkenaan memesan makanan dan berlegar di satu ruang sebelum Hirst melakukan seks oral terhadap Smith, 31.

Pasangan itu kemudian melakukan seks di bahagian kaunter.

Staf di situ dapat dilihat membuat kerja di dapur, termasuk penghantar pizza sering keluar masuk seperti biasa.

Hirst mengaku bersalah 'melakukan perbuatan tidak senonoh dan melampaui kesopanan di tempat awam'.

Smith, yang tidak berada di mahkamah kerana ditahan reman di penjara, didapati bersalah.

Dia telah didakwa melakukan kecederaan dengan niat dan dua tuduhan serangan pada November 2015 selepas bergaduh di luar sebuah pub.

Hirst menggambarkan tingkah lakunya sebagai 'dahsyat' dan memberitahu mahkamah dia berasa dirinya begitu rendah ketika menonton rakaman CCTV semasa soal siasat polis.

Polis Utara Yorkshire dimaklumkan tentang rakaman itu oleh media tempatan selepas ia disiarkan di Twitter oleh pekerja Domino's.

Pendakwaraya, Neil Holdsworth berkata: "Pendakwaan ini kerana melakukan perbuatan yang melampaui kesopanan awam dengan berkelakuan dengan cara yang tidak senonoh.

"Kes ini adalah mengenai satu kes di mana kedua-dua defendan terlibat dalam aktiviti seksual di kedai pizza Domino yang terbuka kepada orang ramai, dengan kakitangan berada di situ." -dailymail

aksi seks, pizza Domino

Artikel Sebelum

Empat Maut Serangan Bom Di Pattani

Artikel Berikut

Artikel Lain