suria

Lagi Peluru Berpandu Korea Utara

KERAJAAN Jepun mengeluarkan amaran kepada rakyatnya selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu ke negara matahari terbit itu.

Menurut tentera Korea Selatan, peluru berpandu itu dilancarkan dari daerah Sunan di Pyongyang.

Sementara itu, stesen televisyen NHK melaporkan bahawa kerajaan memberi amaran kepada semua penduduk supaya tidak menyentuh sebarang bentuk kelihatan seperti serpihan.

Insiden berlaku selepas Korea Utara mengancam untuk melancarkan nuklear ke atas Jepun, sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Jepun tidak bertolak ansur terhadap tindakan provokatif yang berulang kali oleh Korea Utara," kata seorang jurucakap kerajaan di Tokyo kepada pemberita.

Beliau menambah, negara itu akan melakukan tindakan yang bersesuaian.

"Kita sekeras-kerasnya membantah tindakan Korea Utara, dan membangkitkan kemarahan rakyat Jepun yang mengutuk tindakan tersebut," katanya. 

Menteri Luar Jepun, Taro Kono percaya ia merupakan ujian terbaharu membabitkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Menurut Korea Selatan, tenteranya melepaskan peluru berpandu balistik Hyunmoo-2 ke dalam laut sebagai tindak balas kepada pelancaran yang dibuat Korea Utara. - Mail Online


peluru berpandu

Artikel Sebelum

Tahi Harga Berjuta

Artikel Berikut

Sakit Hati Tengok!

Artikel Lain