suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahi Harga Berjuta

Tin yang mengandungi tahi Piero Manzoni dijual pada harga tinggi.

CUBA tanya sesiapa adakah mereka sanggup membayar apa saja untuk memiliki tahi orang lain.

Jawapan mereka sudah tentu 'tidak'.

Namun pandangan tersebut berubah apabila tahi dikatakan menjadi hasil kerja seni.

Seorang 'penggiat seni tahi' mengeluarkan koleksi najisnya dalam bentuk tin seberat 30 gram.

Tin tersebut mengandungi tahi milik penggiat seni warga Itali, Piero Manzoni.

Pengumpul hasil seni dikatakan sanggup membelinya pada harga ratusan malah ribuan dolar.

Bila Piero Manzoni mengeluarkan idea untuk mengetinkan tahinya sendiri pada 1961, beliau mungkin tidak menjangkakan ia dapat dijual pada harga tinggi.

Pada 2007, galeri seni Tate di London membeli salah satu daripada 90 tin Manzoni pada harga £22,350 (RM125,587).

Mungkin kedengaran mustahil, tetapi tahi Manzoni kini bernilai kira-kira AS$300,000 (RM1.16 juta).

Tahun lalu, ada pembeli mendapatkan tin yang ke-54 pada harga £182,500 (RM1.03 juta). - odditycentral

Piero Manzoni, tahi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lagi Peluru Berpandu Korea Utara

Artikel Lain