suria

"Presiden Untuk Semua"

SINGAPURA: Halimah Yacob berikrar untuk menjadi presiden seluruh rakyat republik itu ketika berucap di hadapan penyokongnya.

Wanita Melayu pertama yang mencipta sejarah ini adalah bekas ahli Parlimen parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama hampir 20 tahun.

“Saya ialah Presiden untuk semua. Walaupun tanpa pilihan raya, komitmen saya kepada anda semua (rakyat Singapura) adalah tidak berbelah bahagi,” katanya pada Rabu malam.

Wanita berusia 63 tahun ini cuba meredakan kesangsian orang ramai berhubung proses pemilihan tersebut.

Halimah, adalah bekas speaker Parlimen berbangsa Melayu, tidak perlu bertanding dalam pilihan raya Presiden pada bulan ini selepas pihak berkuasa memutuskan bahawa empat pesaingnya tidak memenuhi syarat ketat sebagai calon.

Pihak berkuasa memutuskan supaya calon daripada masyarakat Melayu tampil bertanding untuk jawatan Presiden Singapura kali ini dalam usaha memupuk keharmonian di pulau berpopulasi 5.5 juta orang itu yang didominasi etnik Cina.

Presiden Singapura mempunyai kuasa terhad termasuk kuasa veto untuk menolak pelantikan pegawai tinggi kerajaan dan melindungi rizab negara tetapi memainkan peranan penting sebagai simbol penyatuan. – AFP




Halimah, Singapura

Artikel Sebelum

Walawei, Ilmu Apala Dia Pakai Ni!

Artikel Berikut

Abang Rogol Adik 5 Tahun

Artikel Lain