suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayam Jadi Anak Angkat Monyet

SEEKOR monyet yang kesepian dan seekor ayam telah bersahabat baik dan ini bukanlah episod Sesame Street.

Niv, monyet dari spesies Macaque telah menghabiskan masanya beberapa minggu lalu dengan menjaga, membelai, membersihkan dan bermain dengan seekor ayam yang berkunjung ke dalam kandangnya di Ramat Gan Safari Park dekat Tel Aviv, Israel.

Jurucakap taman itu, Mor Porat berkata: "Niv, yang berumur empat tahun dan telah mencapai umur kematangan seksual, nampak seperti sukar mencari pasangan.

"Apa yang berlaku ini mungkin menerangkan tentang naluri keibuannya terhadap ayam ini," katanya.

Ayam itu, yang tidak mempunyai nama, bebas untuk melarikan diri tetapi memilih untuk tinggal dengan Niv.

Jurucakap itu berkata: "Hubungan seperti ini jarang berlaku.

"Kadang-kadang monyet akan membunuh dan makan ayam yang memasuki kawasan mereka atau menjadikannya 'mainan' sehingga mereka mati.

"Tapi ayam ini 'nampaknya sangat gembira bertemu ibu baru sebagai pengganti. Pada waktu malam mereka tidur bersama."-metroUK

monyet, ayam

Artikel Berikut

Kerat Kemaluan Anak Sendiri

Artikel Lain