suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita Kaki Gajah 18 Tahun

PENYAKIT yang dihidapi wanita ini menyebabkan kaki kanannya mencecah 60 kilogram.

Dikenali sebagai elefantiasis atau penyakit kaki gajah, ia juga menyebabkan hayat wanita berusia 40 tahun ini tidak lama.

Kaki Rezia Begum membengkak dengan teruk dan keadaan itu dihadapinya sejak 18 tahun lalu.

Ibu kepada dua anak dari Bangladesh itu terpaksa melalui keperitan hidup, selepas melahirkan anak keduanya.

“Dahulu saya wanita yang biasa dan kini, saya menjadi beban untuk keluarga,” katanya yang kini bergantung hidup dengan bantuan keluarganya

Walaupun dijaga di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, tetapi, dia masih belum menerima sebarang rawatan.

Pembedahan dan ujian tambahan perlu dilaksanakan sebelum memulakan sesi terapi.

Punca penyakit yang melanda dirinya itu masih tidak dapat dikenal pasti, bagaimanapun berdasarkan kes terdahulu ia disyaki disebabkan cacing bulat yang masuk ke badan melalui nyamuk.

Jika bengkak di kaki itu berjangkit ke abdomen, keadaan Begum akan menjadi semakin parah.

Terdapat kira-kira 120 juta penduduk dunia menghidap penyakit berkenaan disebabkan kerosakan sistem limfa.

Rezia Begum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain