suria

14 Maut Bas Terjunam Di Laut Hitam

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke Laut Hitam di selatan Rusia pada Jumaat, kata pasukan penyiasat.

Menurut laporan agensi berita Interfax memetik kementerian kecemasan, lapan mangsa cedera di mana lima daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Kira-kira 40 orang menaiki bas tersebut sebelum ia terjunam dari tebing setinggi beberapa meter.

Menurut syarikat yang memberi khidmat penghantaran, Otoko Portservice, nahas yang berlaku pada pagi Jumaat mungkin berpunca daripada kegagalan sistem brek kenderaan itu.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat turut meneliti punca lain sama ada disebabkan pelanggaran peraturan keselamatan atau lalu lintas. - Reuters

Artikel Sebelum

Derita Kaki Gajah 18 Tahun

Artikel Berikut

Artikel Lain