suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Younes Suspek Serangan Barcelona

BARCELONA: Operasi besar-besaran dirangka bagi memburu remaja lelaki Maghribi berusia 22 tahun kerana disyaki memandu van yang merempuh orang ramai dan mengorbankan 14 nyawa di sini, Khamis lalu.

Media tempatan menamakan Younes Abouyaaquoub sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Menurut jurucakap polis, Albert Oliva, pihak berkuasa telah menjalankan sembilan carian di pangsapuri di utara bandar Ripoll yang disyaki tempat tinggal Younes.

Difahamkan, unit itu diduduki bekas imam Abdelbaki EsSatty yang kali terakhir dilihat Selasa lalu.

Kerajaan Sepanyol turut memaklumkan sel pelampau berkenaan telah dimusnahkan sepenuhnya selepas memeriksa individu yang terbunuh, ditahan dan melakukan pemeriksaan identiti. - ABC



  
Younes, Barcelona

Artikel Lain