suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Pecat Ketua Strategik Rumah Putih

Gambar fail Donald Trump (kiri) sedang bercakap dengan Steve Bannon. Foto Reuters

WASHINGTON: Ketua Strategik pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat (AS), Steve Bannon menjadi individu terkini yang dipecat Donald Trump.

Akhbar The New York Times memetik kenyataan seseorang yang rapat dengan Bannon memberitahu surat peletakan jawatannya sudah dihantar pada 7 Ogos lalu.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan Bannon, beliau tidak akan meletakkan jawatan secara sukarela.

"Bannon tidak akan melepaskan jawatannya, sebaliknya menunggu beliau dipecat oleh Rumah Putih. Hingga saat ini beliau masih melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan, termasuk beberapa projek," katanya.

Menurut individu terbabit, pengumuman berhubung peletakan jawatan Bannon sepatutnya dibuat minggu ini tetapi ditangguhkan susulan kekecohan dalam tunjuk perasaan di Virginia.

Isu membabitkan Korea Utara dilihat antara yang mencemarkan imej Bannon selepas bersetuju diwawancara American Prospect minggu ini.

Beliau mendakwa tidak menyedari kenyataan terbabit dirakam kerana beranggapan sedang berbual bersama seorang ahli akademik.

Malahan, Bannon telah memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau boleh kembali bersama agensi berhaluan kanan Breitbart News jika disingkirkan Rumah Putih. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain