suria

Trump Anggap Keputusan Kim Jong-un Bijak

WASHINGTON: Keputusan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un untuk tidak membedil Guam dianggap sebagai keputusan bijak, demikian kata Donald Trump.

Menerusi Twitter, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memuji  pemimpin Korea Utara itu.

"Kim (Jong-un) membuat keputusan amat bijak dan baik. Alternatif lain adalah malapetaka dan tidak boleh diterima," katanya menerusi Twitter.

Tindakan terkini Korea Utara untuk tidak melancarkan peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam dapat mengurangkan  ketegangan antara kedua-dua negara.

Minggu lalu, Trump memberi amaran Pyongyang berdepan risiko jika mengancam AS.

Bagaimanapun, media Korea Utara melaporkan Jong-un menangguhkan keputusan sementara menantikan tindakan AS seterusnya.

Ancaman Korea Utara untuk menghantar peluru berpandu ke laut berhampiran Guam memaksa Trump menegaskan tentera AS sudah bersedia jika Pyongyang bertindak bodoh.

Korea Utara sudah lama tidak mengendahkan amaran barat dan sekutunya, China, bagi menggantung ujian nuklear dan peluru berpandu yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Reuters

Trump, Jong-un, Guam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain