suria

Bulu Anjing Kusut, Pemilik Dilarang Pelihara Haiwan Seumur Hidup

DOKTOR haiwan terpaksa menggunakan tiga set pencukur  untuk menyelamatkan seekor anjing berbaka Shih Tzu kerana keadaan bulunya yang kusut masai.

Missy, yang mempunyai bulu seberat dua kilogram, diselamatkan pegawai veterinar selepas ditemui di taman rumah pemilik anjing itu di Huddersfield.

Bulunya sangat lebat dan kusut sehingga haiwan itu tidak dapat melihat dan berlari-lari di dalam bulatan.

Inspektor Veterinar Kris Walker, berkata, inilah pertama kali dia melihat haiwan itu, malahan pada mulanya tidak tahu ianya anjing, apatah lagi bakanya.

“Saya membawanya ke hospital haiwan dan mereka menggunakan tiga set pencukur untuk mencukur bulunya.

“Mereka juga mengeluarkan kolar anjing yang terbenam di dalam bulunya.”

Pemilik Missy didakwa kerana menyebabkan penderitaan haiwan itu dan dilarang seumur hidup memelihara haiwan di Mahkamah Majistret Leeds.

Missy ditempatkan selama sebulan di pusat veterinar itu, sebelum tinggal di rumah baru bersama penjaga baharunya, pasangan, Jeff Noad dan Christine Morris, dari Bradford serta anjing mereka, Poppy.

“Missy gembira tinggal di sini.

“Poppy yang dipelihara sejak 18 bulan lalu juga pernah ditempatkan di pusat veterinar.

“Missy dan Poppy makan, tidur dan bermain bersama serta berpelukan di dalam kereta.

“Missy bising dan Poppy seekor anjing yang tenang. Kedua-duanya adalah sesuatu yang terbaik pernah berlaku dalam hidup kami,” kata Morris.

Missy, Shih Tzu

Artikel Lain