suria

Keluarga Bebas Jantina Pertama Britain

SEPASANG suami isteri mengambil keputusan untuk membesarkan anak mereka yang berusia empat tahun tanpa memberitahu jantina sebenarnya adalah lelaki.

Nikki dan Louise Draven dari Middlesborough menganggap anak mereka, Star Cloud, sebagai bebas jantina kerana tidak mahu dibebani dengan aspek jantina sama ada lelaki atau wanita, sama seperti mereka.

Louise, 31, adalah seorang lelaki tetapi menukar jantina kepada wanita, manakala Nikki, 30, dilahirkan seorang wanita tetapi dianggap sebagai lelaki dan wanita.

Star menganggap Louise sebagai ibunya manakala Nikki sebagai ayahnya walaupun jantina mereka adalah sebaliknya.

“Kami tidak bergantung pada jantina sebenar kami.

“Malahan, kami juga tidak mahu Star terbeban dengan jantina kerana mahu menjadi keluarga yang bebas untuk menjadi apa sahaja," kata Louise.

Star suka bersolek, mengecat kuku dan bermain dengan anak patung, serta memakai pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Apabila dia mula bersekolah menjelang September, Star akan memakai baju seragam lelaki dan memilih ves dan stoking merah jambu. Kanak-kanak itu berkata, dia akan membesar sebagai lelaki atau wanita.

“Kami tidak pernah membeli baju atau permainan yang melihatkan perbezaan jantina. Kami biarkan dia memilih apa yang dimahukannya,” kata Nikki.

Katanya, Star suka memakai pakaian dengan corak bintang dan suka bermain patung Barbie, serta bermain permainan lelaki seperti kereta.

Namun, tidak semua orang boleh menerima mereka.

Dua minggu lepas, seorang pemandu berkata pada Louise, ‘Jika rupa saya seperti awak, saya akan bunuh diri.”

“Semasa Star masih kecil dan Louise dalam proses menukar jantina, orang awam akan menunjuk-nunjuk, merenung dan mentertawakan mereka,” kata Nikki.

“Star berada di rumah asuhan dan pada suatu hari dia pulang dan berkata ‘saya tidak boleh main anak patung kerana ia untuk perempuan’.

“Kami menjelaskan padanya bahawa dia boleh bermain dengan anak patung sebagai latihan sebelum membesar dan menjadi seorang ayah. Tetapi, Star berkata dia mungkin akan menjadi seorang ibu," katanya.


Star Cloud

Artikel Lain