suria

Warga Tua Disiasat Cucuk Lidi Pada Tempat Duduk Bas

SINGAPURA: Seorang warga emas disiasat berkelakuan nakal kerana disyaki mencucuk lidi pencungkil gigi ke tempat duduk sebuah bas awam.

Lelaki berusia 60 tahun berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

“Selepas menjalankan siasatan menyeluruh dan pemeriksaan rakaman CCTV, suspek dikenal pasti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.

Gambar tiga pencungkil gigi yang terpacak dari tempat duduk berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook yang  menyedarinya ketika hendak duduk.

“Pastikan anda periksa tempat duduk sebelum anda duduk!” tulis pengguna itu.

Statusnya dikongsi lebih 2,500 kali.

Singapura mempunyai kadar jenayah paling rendah di dunia.

Pihak berkuasa republik itu bertindak tegas terhadap jenayah kecil yang hukumannya antara lain ialah rotan.

Pengimportan gula getah diharamkan sebagai sebahagian usaha memastikan kebersihan di tempat awam.

Dua tahun lalu, seorang lelaki didenda S$19,800 (RM62,300) kerana membuang puntung rokok dari flatnya. - Reuters


CCTV, Facebook

Artikel Sebelum

Berdansa Dengan Pikachu!

Artikel Berikut

Artikel Lain