suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Trump Kepada Pyongyang

WASHINGTON: Pyongyang berdepan “api dan kekerasan”, demikian amaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Korea Utara berhubung program peluru berpandu negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas media AS melaporkan bahawa Pyongyang berjaya mengecilkan saiz peledak nuklear untuk dimuatkan ke dalam peluru berpandu balistiknya.

“Jangan lakukan apa-apa ancaman lagi terhadap AS. Ia akan ditangani dengan api dan kekerasan yang tidak pernah dilihat dunia ini,” kata Trump ketika bercakap di kelab golf miliknya di New Jersey.

Trump mengeluarkan amaran itu sejurus selepas akhbar The Washington Post memetik Agensi Perisikan Pertahanan sebagai berkata, pegawainya percaya Korea Utara memiliki bom nuklear yang boleh dipasang pada peluru berpandu balistik termasuk misil antara benua.

Beliau turut berkata, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuat ancaman yang amat serius.

“Seperti saya katakan, mereka akan berdepan dengan api, kekerasan dan kuasa tentera,” katanya kepada wartawan. – AFP



Pyongyang, Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain