suria

Kenapa Rambut Kanak-Kanak Ini Menggerbang?

SHILAH Yin, 7, merupakan seorang daripada 100 manusia di dunia yang menghidap sindrom rambut menggerbang iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan rambutnya tidak boleh disikat dan tumbuh berselerak.

Yin yang berasal dari Melbourne, Australia dilahirkan dengan rambut normal, tetapi ibu bapanya menyedari terdapat sedikit rambutnya tumbuh kemerahan ketika dia berusia tiga bulan, sebelum keseluruhan rambut menjadi perang.

“Shilah suka dengan rambutnya yang unik, tetapi itu selepas diberi kata-kata positif oleh keluarga dan rakan-rakan,” kata ibunya, Celeste Calvert-Yin kepada Today.

“Dia sentiasa berkata bahawa dirinya istimewa dan unik seperti unikorn, kami hiba mendengarnya," katanya.

Setiap pagi, ibu Yin akan menyembur rambutnya dengan sejenis semburan dan mengambil masa 10 hingga 20 minit untuk menyikatnya dengan lembut menggunakan sikat bergigi jarang.

Ayahnya kemudian akan mengeringkan rambutnya.

Keluarga itu mengetahui tentang sindrom tersebut pada tahun lepas, dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penyakit itu melalui Instagram, dyang mana mereka sering memuat naik gambar rambut Yin.

Menurut Institut Kesihatan Negara, sindrom itu biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang berambut putih keperangan atau kuning pucat.

Sindrom itu dipercayai adalah penyakit genetik. Walaupun tiada ahli keluarga Yin yang mengalami sindrom yang sama saintis percaya ia disebabkan oleh masalah genetik tertentu dalam proses pembentukan rambut.

Tiada penawar yang ditemui untuk merawat sindrom ini.

Namun, bukti menunjukkan apabila kanak-kanak membesar, tekstur rambut akan menjadi semakin terurus dan kadang-kadang penyakit akan sembuh dengan sendiri.

rambut kusut, sindrom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain