suria

Disney Lancar ‘Perang’ Terhadap Netfix?

DISNEY dilaporkan akan mengeluarkan semua filem mereka dari Netflix dan akan memulakan aplikasi filem tersendiri.

Aplikasi filem Disney akan dilancarkan pada 2019, sekali gus akan menyebabkan persaingan sengit dengan aplikasi lain seperti Hulu, Netflix, Amazon dan sebagainya.

Syarikat itu juga akan melancarkan perkhidmatan video streaming ESPN sendiri pada awal 2018.

Platform itu memaparkan 10,000 acara sukan setiap tahun dan mengandungi perisian dari MLB, NHL, MLS, sukan-sukan kolej dan acara tenis Grand Slam.

Perancangan mereka buat masa ini adalah untuk menjadikan Disney dan perkhidmatan ESPN boleh dibeli melalui dua syarikat tersebut, di stor aplikasi dan perkhidmatan televisyen berbayar.

“Ini melibatkan pertukaran strategi yang besar untuk syarikat,” kata ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger kepada CNBC.

Netfix bagaimanapun akan meneruskan ‘persahabatan’ mereka dengan Marvel TV milik Disney.

“Netflix AS perlu mengakses filem Disney di aplikasi itu pada akhir 2019, termasuk semua filem baru yang ditayangkan di pawagam pada akhir 2018,” kata syarikat itu di dalam satu kenyataan.

Disney akan menamatkan perjanjian dengan Netflix, untuk langganan filem baru bermula pada 2019.

Netflix, ESPN, Disney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain