suria

Telur Cacing Parasit Di Pasaran

KEDENGARAN pelik tapi itulah kebenarannya. Telur cacing parasit akan mula dijual di pasaran Eropah tidak lama lagi.

Bunyinya agak mengerikan untuk sesetengah individu tetapi cacing halus yang ditemui dalam usus nampaknya bagus untuk anda kerana ia mampu mengurangkan gejala sakit perut dan cirit-birit.

New Scientist melaporkan syarikat Thailand, Tanawisa menghasilkan cacing Trichuris, produk yang diterima untuk penilaian di Jerman.

Jika syarikat itu mampu meyakinkan pihak berkuasa Jerman mengenai manfaatnya kepada kesihatan, telur tersebut kemudiannya boleh dipasarkan di negara itu.

Sebagai permulaan Tanawisa akan menjual sebanyak 500, 1,000 dan 2,500 pek telur cacing parasit di pasaran.

Selepas itu, Tanawisa berharap dapat mengembangkan penjualannya ke seluruh Eropah.

telur cacing parasit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain